As-salam,
Apibila menyebut baka LIPAN tentu kaki pikat tercari-cari dalam google tetapi gagal menemui siapakah pemilik asal baka tersebut.
Cukup saya katakan pemilik asal berasal dari Melaka. Tuan asal bernama Mimin.
Gaya permainan baka lipan yang lebat angguk menjadikan baka ini cukup menawan untuk di miliki.
Baka lain yang dikeluarkan oleh Mimin ialah Kuda & Cupin
Baka beliau berasal daripada dirahsiakan.
Sekian,terima kasih.
PUSAT JUALAN TERKUKUR: LAGENDA PIKAT (CERITA TERKUKUR)
Friday, 18 July 2014
Wednesday, 26 March 2014
Tangkapan ke-5: Otai Rantau
Salam..
Semasa menangkap burung ke-3 pada tahun ini, saya sebenarnya mencuba untuk menangkap otai rantau ini. Otai rantau ini bersuara angin tetapi mempunyai garok kasar dan suara kedengaran dari jauh. Yang menjadikan saya semakin hendak menangkap burung ini adalah kerana setiap kali hendak menukar atau berhenti dari menekan burung ini akan membuat rantau/tongkat. Burung memang banyak angguk.
Dipendekkan cerita, sampai sahaja di laman otai sudah berbunyi menandakan ianya masih di kawasan tersebut. Saya memasang racik 11 mata bahagian belakang dan 19 mata di hadapan. Melihat dari struktur laman; burung akan landing jauh dari laman dan berjalan masuk ke dalam laman.
Selepas memacak pikat, terus sahaja ABJ menekan menandakan kedapatan burung. Serentak dengan itu otai melambung ke anggar paras lutut yang agak jauh dari pikat. Pikat mengangguk diikuti oleh BH kemudian diikuti dengan suara menekan pikat. Gangguan menyebabkan kedua-dua burung terdiam sebentar. Kemudian pikat mula menangguk menyebabkan BH terus bergerak melompat naik kedahan menghadap pikat. Tidak sampai seminit burung hutan terjun dibelakang pokok sawit.
Pikat sudah berpusing-pusing mengangguk dan tidak sampai 3 minit kelihatan kepala burung hutan turun naik menandakan turut mengangguk pikat. BH mengelilingi pikat hampir 2 kali kemudian terdiam. Nasib baiklah kerana pikat sudah mula mematuk bulu... kelemahan ABJ kalau burung hutan tidak masuk berlaga alamat itulah kerjanya.
Saya pegang burung memang tenang sahaja.. malahan BH seperti tidak berdaya membawa lari racik kerana laman yang basah menyebabkan daya gesaran tumang racik dengan tanah menjadikan BH tidak berdaya membawa lari racik.
Rezeki hari ini, insyallah akan saya jadikan pikat seterusnya induk untuk dikahwinkan dengan burung pesum saya.
Sekian, terima kasih.
Sam

Saturday, 1 February 2014
Tangkapan pertama 2014
Salam..
Lama tidak update website pusat jualan terkukur. Agak sibuk dengan tugas-tugas rasmi dan weekend dengan merbok. Banyak yang dipelajari “Do” & “Don’t” mengenai merbok. Ramai pemula yang menelefon bertanyakan perihal merbok.
Berbalik semula pada terkukur musim yang agak lambat panas bagi saya kerana sudah beberapa laman terkukur yang terjun sekadar berlalu sebelah pikat. Hairan bin Ajaib bila ini berlaku kepada pikat Ekor Pendek (EK) & Anak Bukit Jelutong (ABJ). Cuma belum menurunkan JS (Jerun Separuh) saya lagi ajer..
Memandangkan musim sikap belum berakhir kerana sikap masih berada di sawit dan pagi jumaat saya sendiri melihat sikap sudah mula mengarah ke genting heheee.. mungkin mencari kawasan hutan yang sejuk kerana kawasan rendah sudah mula panas.
Terkukur sudah mula melambung tetapi lambungan yang dibuat berbentuk bulatan heheee menandakan burung dalam mode mengawan atau menjaga sarang. Cuma pada petang Jumaat saya ke laman tempat biasa melatih burung dan kedengaran Burung Hutan (BH) sudah mula berbunyi sana sini menandakan musim sudah dekat.
Sabtu 1/2/14, pagi berehat dari memikat. Petang jam 6pm baru bertolak ke laman. Sampai di laman sudah ada terkukur berbunyi tetapi jauh dari tempat saya pacak pikat. Masa nak memacak pikat adusss laman punyalah keras sampai tanah merekah. Nasib baik tumang racik dibuat dari stainless steel yang tidak mudah bengkok. Kalau pakai stainless steel jenama toman alamatnya dah bengkok dua.. pada masa nie tumang yang tajam amatlah diperlukan. Selesai memasang racik, nak pacak tumang pun masalah.. pengalaman mengatasi semua masalah.. Alhamdulillah..
EK pikat yang telah berkhidmat dengan saya ~ 11 tahun memang tidak menghampakan kerana pandai menjalankan tugas.. kalau jauh dia memujuk, masuk anggar sahaja sudah lain nada.. mana BH boleh tahan. TETAPI hampir sebulan bermula disember 2013 , terkukur baru masih tidak berjaya ditangkap kerana asyik melarikan diri dari berlaga dengan pikat.
Hari ini agak berbeza kerana apabila terjun sahaja BH sudah mengangguk pikat. EK membalas anggukan dan mula menerjah BH. Kemudian BH cuba mengelak dan masuk dari rusuk kiri pikat.. EK berundur bagi memberi ruang dan The End.
Enjoy gambar pikat menangkap, hanya satu jari sahaja terkena racik dan paling mengejutkan saya terkukur ini mampu menerbangkan racik dan batu lonjong no 3 tanpa jejak pada tanah, menunjukkan burung ini mempunyai kekuatan dan sesuai untuk dibuat pikat tambahan pula tanah tidak memegang tumang racik disebabkan tanah keras.
racik tersangkut pada jari sahaja.
Kaki sudah bersisek putih
Bulu jarum jenis laga 90%
Sekian, terima kasih.
Wednesday, 6 November 2013
Burung Selang: Lagi keras lagi bagus
Salam..
Lama sudah tidak menulis kerana sibuk dengan dunia merbok terutamanya dalam membuktikan suara vs sisek. Hasil dari kajian sudah saya paparkan di http://merbok-pikat.blogspot.com/2013/10/sisek-vs-suara.html Dalam kajian tersebut saya telah membuktikan jenis suara dan bilangan sisek sangat berkait rapat.
Mengenai terkukur ramai yang merahsiakan apakah hubungkait antara spesifikasi dan kualiti burung. Terus terang saya katakan ramai otai yang mahir tidak perlu memegang terkukur untuk mengetahui permainan burung tersebut. Cukuplah sekadar melihat pada bulu olah, bulu pikat dan bulu laga.
Untuk mengenalpasti jenis bulu tersebut cukuplah saya katakan tanda-tandanya hanyalah pada bahagian kepak atau bulu lipas burung tersebut. Perlu dipastikan bulu laga melebihi bulu olah untuk menjadikan pikat kita handal berlaga. Sekiranya bulu laga tidak banyak dimestikan mempunyai bulu pikat.
Biasanya burung yang mempunyai bulu laga yang banyak mempunyai selang yang keras dan boleh bermain suara. Kebolehan bermain suara ini amatlah penting dalam usaha untuk menawan BH yang diidamkan. Ini kerana biasanya BH reward ini kalah pada OTAI kawasan tersebut. Jadi kelebihan bermain level suara dimestikan ada pada pikat yang baik kerana burung reward akan marah seterusnya terjun ke pikat. Sebagai contoh http://pusat-jualan-terkukur.blogspot.com/#!/2013/05/video-pikat-menangkap-ek-menangkap.html
Burung yang mempunyai angguk lebat atau banyak angguk biasanya bulu lipasnya atau bulu hitamnya tersusun. Lagi tersusun lagilah banyak angguk burung tersebut. Carilah mana2 burung selang coo2 atau tekan angguk, lihat bulu kepak dan susunan bulu burung tersebut. Pastikan burung sudah meluruh sekali di layang sebelum membuat penilaian.
Jenis suara samada gembur, keras dan halus boleh dinilaikan dari bulu lipas juga. Bagaimana rupanya dan macamanakah melihatnya tanyalah pada otai2 terkukur. Saya sekadar peminat yang memerhatikan sahaja hubungkait tersebut untuk kegunaan sendiri-sendiri. Ini kerana saya bermain terkukur tanpa guru sekadar melalui pemerhatian sendiri. Insyallah kalau betul hubungkait atau hipotesis tersebut.. saya akan paparkan di blog. Insyallah Pusat Jualan Terkukur akan di buka di Kapar awal tahun hadapan. Fokus utama ialah jualan pikat kampung dan pesum.
Cepat atau lambat jadinya burung lihatlah pada fizikal burung tersebut dan dari jenis keturunannya dan hanya terpakai pada burung hutan.
Sekian, terima kasih atas sokongan rakan2.

Wednesday, 21 August 2013
Selang Coo-Coo
Salam..
Hari ini bercuti menguruskan kebun di Tg Karang. Sambil duduk berehat bersama sahabat.. datang sekor terkukur melompat dari satu dahan ke dahan. Setiap kali lompatan terkukur tersebut akan menyelang dan angguk. Mula-mula tak fokus sangat; tetapi setelah angguk banyak kali baru saya perasaan. Selang coo2 dengan gook satu. Mission akan diteruskan.. rezeki depan mata memang tak nampak.
Cuma bermain di Tg Karang nie.. winston pun tenggek kat tempat terkukur nie... Doakan kejayaan saya untuk menangkap selang coo2 ke 4.
Sekian, terima kasih.
-Sam

Subscribe to:
Comments (Atom)