Salam..
Semasa menangkap burung ke-3 pada tahun ini, saya sebenarnya mencuba untuk menangkap otai rantau ini. Otai rantau ini bersuara angin tetapi mempunyai garok kasar dan suara kedengaran dari jauh. Yang menjadikan saya semakin hendak menangkap burung ini adalah kerana setiap kali hendak menukar atau berhenti dari menekan burung ini akan membuat rantau/tongkat. Burung memang banyak angguk.
Dipendekkan cerita, sampai sahaja di laman otai sudah berbunyi menandakan ianya masih di kawasan tersebut. Saya memasang racik 11 mata bahagian belakang dan 19 mata di hadapan. Melihat dari struktur laman; burung akan landing jauh dari laman dan berjalan masuk ke dalam laman.
Selepas memacak pikat, terus sahaja ABJ menekan menandakan kedapatan burung. Serentak dengan itu otai melambung ke anggar paras lutut yang agak jauh dari pikat. Pikat mengangguk diikuti oleh BH kemudian diikuti dengan suara menekan pikat. Gangguan menyebabkan kedua-dua burung terdiam sebentar. Kemudian pikat mula menangguk menyebabkan BH terus bergerak melompat naik kedahan menghadap pikat. Tidak sampai seminit burung hutan terjun dibelakang pokok sawit.
Pikat sudah berpusing-pusing mengangguk dan tidak sampai 3 minit kelihatan kepala burung hutan turun naik menandakan turut mengangguk pikat. BH mengelilingi pikat hampir 2 kali kemudian terdiam. Nasib baiklah kerana pikat sudah mula mematuk bulu... kelemahan ABJ kalau burung hutan tidak masuk berlaga alamat itulah kerjanya.
Saya pegang burung memang tenang sahaja.. malahan BH seperti tidak berdaya membawa lari racik kerana laman yang basah menyebabkan daya gesaran tumang racik dengan tanah menjadikan BH tidak berdaya membawa lari racik.
Rezeki hari ini, insyallah akan saya jadikan pikat seterusnya induk untuk dikahwinkan dengan burung pesum saya.
Sekian, terima kasih.
Sam
No comments:
Post a Comment