Wednesday, 6 November 2013

Burung Selang: Lagi keras lagi bagus

Salam..

Lama sudah tidak menulis kerana sibuk dengan dunia merbok terutamanya dalam membuktikan suara vs sisek.  Hasil dari kajian sudah saya paparkan di http://merbok-pikat.blogspot.com/2013/10/sisek-vs-suara.html  Dalam kajian tersebut saya telah membuktikan jenis suara dan bilangan sisek sangat berkait rapat.

Mengenai terkukur ramai yang merahsiakan apakah hubungkait antara spesifikasi dan kualiti burung.  Terus terang saya katakan ramai otai yang mahir tidak perlu memegang terkukur untuk mengetahui permainan burung tersebut.  Cukuplah sekadar melihat pada bulu olah, bulu pikat dan bulu laga.

Untuk mengenalpasti jenis bulu tersebut cukuplah saya katakan tanda-tandanya hanyalah pada bahagian kepak atau bulu lipas burung tersebut.  Perlu dipastikan bulu laga melebihi bulu olah untuk menjadikan pikat kita handal berlaga.  Sekiranya bulu laga tidak banyak dimestikan mempunyai bulu pikat.

Biasanya burung yang mempunyai bulu laga yang banyak mempunyai selang yang keras dan boleh bermain suara.  Kebolehan bermain suara ini amatlah penting dalam usaha untuk menawan BH yang diidamkan.  Ini kerana biasanya BH reward ini kalah pada OTAI kawasan tersebut. Jadi kelebihan bermain level suara dimestikan ada pada pikat yang baik kerana burung reward akan marah seterusnya terjun ke pikat.  Sebagai contoh http://pusat-jualan-terkukur.blogspot.com/#!/2013/05/video-pikat-menangkap-ek-menangkap.html

Burung yang mempunyai angguk lebat atau banyak angguk biasanya bulu lipasnya atau bulu hitamnya tersusun.  Lagi tersusun lagilah banyak angguk burung tersebut.  Carilah mana2 burung selang coo2 atau tekan angguk, lihat bulu kepak dan susunan bulu burung tersebut.  Pastikan burung sudah meluruh sekali di layang sebelum membuat penilaian.

Jenis suara samada gembur, keras dan halus boleh dinilaikan dari bulu lipas juga.  Bagaimana rupanya dan macamanakah melihatnya tanyalah pada otai2 terkukur.  Saya sekadar peminat yang memerhatikan sahaja hubungkait tersebut untuk kegunaan sendiri-sendiri.  Ini kerana saya bermain terkukur tanpa guru sekadar melalui pemerhatian sendiri.  Insyallah kalau betul hubungkait atau hipotesis tersebut.. saya akan paparkan di blog.  Insyallah Pusat Jualan Terkukur akan di buka di Kapar awal tahun hadapan.  Fokus utama ialah jualan pikat kampung dan pesum. 

Cepat atau lambat jadinya burung lihatlah pada fizikal burung tersebut dan dari jenis keturunannya dan hanya terpakai pada burung hutan. 

Sekian, terima kasih atas sokongan rakan2.

Sam 

1 comment: