Friday, 18 July 2014

LAGENDA PIKAT: BAKA LIPAN

As-salam,

Apibila menyebut baka LIPAN tentu kaki pikat tercari-cari dalam google tetapi gagal menemui siapakah pemilik asal baka tersebut.

Cukup saya katakan pemilik asal berasal dari Melaka.  Tuan asal bernama Mimin.

Gaya permainan baka lipan yang lebat angguk menjadikan baka ini cukup menawan untuk di miliki.

Baka lain yang dikeluarkan oleh Mimin ialah Kuda & Cupin

Baka beliau berasal daripada dirahsiakan.

Sekian,terima kasih.

Wednesday, 26 March 2014

Tangkapan ke-5: Otai Rantau

Salam..

Semasa menangkap burung ke-3 pada tahun ini, saya sebenarnya mencuba untuk menangkap otai rantau ini.  Otai rantau ini bersuara angin tetapi mempunyai garok kasar dan suara kedengaran dari jauh.  Yang menjadikan saya semakin hendak  menangkap burung ini adalah kerana setiap kali hendak menukar atau berhenti dari menekan burung ini akan membuat rantau/tongkat. Burung memang banyak angguk.

Dipendekkan cerita, sampai sahaja di laman otai sudah berbunyi menandakan ianya masih di kawasan tersebut.  Saya memasang racik 11 mata bahagian belakang dan 19 mata di hadapan.  Melihat dari struktur laman; burung akan landing jauh dari laman dan berjalan masuk ke dalam laman.

Selepas memacak pikat, terus sahaja ABJ menekan menandakan kedapatan burung.  Serentak dengan itu otai melambung ke anggar paras lutut yang agak jauh dari pikat.  Pikat mengangguk diikuti oleh BH kemudian diikuti dengan suara menekan pikat.  Gangguan menyebabkan kedua-dua burung terdiam sebentar.  Kemudian pikat mula menangguk menyebabkan BH terus bergerak melompat naik kedahan menghadap pikat.  Tidak sampai seminit burung hutan terjun dibelakang pokok sawit.

Pikat sudah berpusing-pusing mengangguk dan tidak sampai 3 minit kelihatan kepala burung hutan turun naik menandakan turut mengangguk pikat.  BH mengelilingi pikat hampir 2 kali kemudian terdiam.  Nasib baiklah kerana pikat sudah mula mematuk bulu... kelemahan ABJ kalau burung hutan tidak masuk berlaga alamat itulah kerjanya.

Saya pegang burung memang tenang sahaja.. malahan BH seperti tidak berdaya membawa lari racik kerana laman yang basah menyebabkan daya gesaran tumang racik dengan tanah menjadikan BH tidak berdaya membawa lari racik.

Rezeki hari ini, insyallah akan saya jadikan pikat seterusnya induk untuk dikahwinkan dengan burung pesum saya.

Sekian, terima kasih.

Sam

Saturday, 1 February 2014

Tangkapan pertama 2014

Salam..
Lama tidak update website pusat jualan terkukur. Agak sibuk dengan tugas-tugas rasmi dan weekend dengan merbok.  Banyak yang dipelajari “Do” &  “Don’t” mengenai merbok.  Ramai pemula yang  menelefon bertanyakan perihal merbok.
Berbalik semula pada terkukur musim yang agak lambat panas bagi saya kerana sudah beberapa laman terkukur yang terjun sekadar berlalu sebelah pikat.  Hairan bin Ajaib bila ini berlaku kepada pikat Ekor Pendek (EK) &  Anak Bukit Jelutong (ABJ).  Cuma belum menurunkan JS (Jerun Separuh) saya lagi ajer..
Memandangkan musim sikap belum berakhir kerana sikap masih berada di sawit dan pagi jumaat saya sendiri melihat sikap sudah mula mengarah ke genting heheee.. mungkin mencari kawasan hutan yang sejuk kerana kawasan rendah sudah mula panas.
Terkukur sudah mula melambung tetapi lambungan yang dibuat berbentuk bulatan heheee menandakan burung dalam mode mengawan atau menjaga sarang. Cuma pada petang Jumaat saya ke laman tempat biasa melatih burung dan kedengaran Burung Hutan (BH) sudah mula berbunyi sana sini menandakan musim sudah dekat.
Sabtu 1/2/14,  pagi berehat dari memikat.  Petang jam 6pm baru bertolak ke laman.  Sampai di laman sudah ada terkukur berbunyi tetapi jauh dari tempat saya pacak pikat.  Masa nak memacak pikat adusss laman punyalah keras sampai tanah merekah.  Nasib baik tumang racik dibuat dari stainless steel yang tidak mudah bengkok.  Kalau pakai stainless steel jenama toman alamatnya dah bengkok dua..  pada masa nie tumang yang  tajam amatlah diperlukan.  Selesai memasang racik, nak pacak tumang pun masalah.. pengalaman mengatasi semua masalah.. Alhamdulillah..
EK pikat yang telah berkhidmat dengan saya ~ 11 tahun memang tidak menghampakan kerana pandai menjalankan tugas.. kalau jauh dia memujuk, masuk anggar sahaja sudah lain nada.. mana BH boleh tahan.  TETAPI hampir sebulan bermula disember 2013 , terkukur baru masih tidak berjaya ditangkap kerana asyik melarikan diri dari berlaga dengan pikat.
Hari ini agak berbeza kerana apabila terjun sahaja BH sudah mengangguk pikat. EK membalas anggukan dan mula menerjah BH.  Kemudian BH cuba mengelak dan masuk dari rusuk kiri pikat..  EK berundur bagi memberi ruang dan The End.
Enjoy gambar pikat menangkap, hanya satu jari sahaja terkena racik dan paling mengejutkan saya terkukur ini mampu menerbangkan racik dan batu lonjong no 3 tanpa jejak pada tanah, menunjukkan burung ini mempunyai kekuatan dan sesuai untuk dibuat pikat tambahan pula tanah tidak memegang  tumang racik disebabkan tanah keras. 

racik tersangkut pada jari sahaja.

Kaki sudah bersisek putih

Bulu jarum jenis laga 90%
Sekian, terima kasih.